Pengenalan
KIT Sains Sarawak (KITSS) merupakan sebuah inisiatif yang bertujuan memperkasa pembelajaran sains di sekolah rendah melalui pendekatan pembelajaran secara praktikal. Kit ini direka sebagai makmal sains mudah alih yang membolehkan pelajar menjalankan eksperimen sains dengan lebih mudah dan interaktif.



30+
Alatan KITSS
Melalui penggunaan KITSS, pelajar berpeluang memahami konsep sains dengan lebih jelas melalui aktiviti eksperimen yang menyeronokkan. Inisiatif ini juga membantu menyokong usaha memperkukuh pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Sarawak.
Objektif KITSS
Antara objektif utama pelaksanaan KIT Sains Sarawak adalah:

Menggalakkan minat pelajar terhadap bidang STEM.
Menyediakan peluang kepada pelajar untuk menjalankan eksperimen sains secara praktikal.

Membantu guru melaksanakan aktiviti pengajaran sains yang lebih interaktif.

Menyokong pembelajaran sains di sekolah yang mempunyai kekangan kemudahan makmal.
Sasaran Pengguna

Pelajar sekolah rendah (Tahun 1 hingga Tahun 6)
Guru mata pelajaran Sains
- Sekolah yang tidak mempunyai kemudahan makmal sains yang lengkap
- Program atau aktiviti STEM di sekolah
